Friday, 25 March 2016

Tinjauan naskhah - Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas

Tajuk : Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu
Penulis : Syed Muhammad Naquib Al-Attas
Penerbit : Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), 1999
Muka surat : 76

Hati yang hampa tiada mengandung Sejarah Bangsa,
Tiadakan dapat tahu menilai hidup yang mulia;
Penyimpan Khabar zaman yang Lalu menambah lagi
Pada umurnya umur berulang berganda-ganda. [1]

Buku ni dimulakan dengan bait-bait kata tersebut, yang penulis sendiri tidak dapat mentafsir secara akurat apakah yang hendak Syed Muhammad Naquib Al-Attas (SMNA) sampaikan. Namun penulis cuba untuk mentafsir secara kasar, berbekal dengan kefahaman yang sedikit. SMNA cuba untuk sampaikan bahawasanya satu-satu bangsa itu, andai ia melupakan sejarahnya dan tiada mengkajinya, masakan mahu mencapai kemajuan, keluhuran budi dan makna diri sebenar. Pastinya menemui kehampaan dalam perjalanan mencari erti diri dan erti kehidupan. Lantaran dari itu, masa berlalu terus, semakin jauh meninggalkan bangsa malang tersebut. Hanyut tanpa kenal erti diri dan kehidupan, menjalani kitaran hidup, awal hingga akhir. Dan terlahir nasab-nasab baru bangsa itu, hanya untuk mengulang kesilapan yang dilakukan oleh generasi mereka yang terdahulu.

SMNA melakarkan dalam buku ini bahawasanya, sejarah dan kebudayaan melayu di kepulauan melayu-indonesia ini telah banyak dicampur-adukkan, diolah secara tidak tertib dan mengandungi banyak unsur yang tidak tepat oleh sarjana dan orientalis barat. Hakikatnya, tamadun Islam di Asia Tenggara mempunyai sejarah yang cukup gemilang. Sejarah kita banyak keterkaitan dengan peradaban hindu-buddha. Sejak dari bangku persekolahan lagi, kita telah disajikan dengan sejarah-sejarah yang memberitahu tentang kewujudan peradaban yang mempunyai unsur hindu seperti candi-candi yang ditemui. Sememangnya wujud keterkaitan antara melayu dengan hindu dari dahulu lagi. Namun SMNA menekankan bahawa kedatangan Islamlah yang paling besar kesannya, berbanding dengan yang lain-lain seperti hindu dan Buddha.

Apa yang dibawa oleh Islam ke kepulauan melayu-indonesia ini meliputi banyak aspek-aspek yang penting dalam membentuk satu-satu peradaban atau tamadun. Bahasa, falsafah, dan budaya adalah antara aspek yang banyak dipengaruhi oleh Islam sewaktu kedatangannya ke kepulauan ini. Islam telah mengangkat bahasa melayu sebagai satu bahasa yang agung, sebagai lingua franca [2] dan mempunyai kesusasteraan yang tinggi. Bahasa melayu adalah bahasa ilmu. SMNA menegaskan bahwa bahasa melayu itu adalah bahasa pertuturan Islam yang kedua terbesar di dunia selepas bahasa arab. SMNA juga merincikan bagaimana Islam telah mengangkat darjat bahasa melayu, bagaimana perjalanan kaedah penulisan jawi dan selepas itu hadirnya kaedah rumi. Hadir Islam membawa perubahan kepada struktur sosio masyarakat melayu pada ketika itu. Membawa satu anjakan paradigma yang membolehkan orang-orang di kepulauan kenal makna diri dan kehidupan. Membawa gagasan weltanschauung [3] yang segar dan menyeluruh. Hakikatnya itulah sifat Islam itu sendiri – sebagai satu cara hidup. Bukan sekadar salah satu daripada jalur-jalur yang membentuk kehidupan.

Catatan penulis; untuk membentuk satu tamadun yang agung, perlu kepada ilmu yang mendalam dan memahami makna kehidupan. Buku ini akan sedikit sebanyak membuka mata kita yang selalu sahaja dibutakan oleh orientalis barat dan pengikut mereka dan tidak kurang juga orang-orang yang sebangsa dengan kita. Sejarah-sejarah sebenar dan keagungan yang lepas tidak dapat diperhalusi oleh golongan muda. Nilai-nilai agung sejarah tidak dapat digarap dengan baik kerana tiada pendedahan sebenar. Akhirnya melahirkan generasi yang tiada nilai apresiasi kepada bahasa dan sejarah bangsa sendiri. Kepelbagaian bangsa di Malaysia bukanlah satu keburukan, malah menjadi satu rahmat dan cabaran. Kepelbagaian harus dirai dengan jiwa dan cinta. SMNA telah menerangkan, terdapat lebih banyak titik persamaan dalam kepelbagaian berbanding titik yang bertentangan. Pandanglah dengan mata dan jiwa yang murni. Moga Allah merahmati usaha kita semua.

[1] - Bait-bait kata yang SMNA sertakan diawal buku ini.
[2] - Lingua franca bermaksud satu-satu bahasa yang telah diadaptasi ke dalam satu- satu masyarakat yang pada asalnya tidak menggunakan bahasa tersebut.
[3] - Weltanschauung membawa maksud satu sudut pandang hidup, konsep komprehensif pandang dunia yang dimana manusia dan kemanusiaan didalamnya.

Tinjauan naskhah - Risalah untuk kaum Muslimin oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas

Tajuk : Risalah Untuk Kaum Muslimin
Penulis : Syed Muhammad Naquib Al-Attas
Penerbit : IBFIM, Kuala Lumpur, 2014
Muka surat : 209

Permulaan kepada sesuatu adalah faham. Untuk mengenali, memahami, mengertikan sesuatu itu, kita perlu untuk faham akan sesuatu itu. Sebagai contoh, permulaan kepada ilmu adalah faham. Faham adalah satu proses pertengahan antara ‘input’ (baca) dan ‘output’ (ilmu). Untuk meraih hasil daripada pembacaan, kita perlu kepada faham. Didalam buku ini, SMNA menegaskan tentang faham. Faham kepada sesuatu akan membuatkan kita memperoleh ilmu tentang sesuatu dan akan membolehkan kita untuk terus ke fasa proses yang lain.

SMNA memenuhi hampir separuh daripada buku ini tentang faham yang pelbagai. Tiap-tiap faham itu SMNA rincikan. Faham tentang agama, budaya, ilmu, bahasa dan pelbagai lagi jenis faham yang SMNA muatkan didalam buku ini. Kesemua faham ini dibentang kepada pembaca sebagai satu pengajaran dan peringatan untuk kaum muslimin. Kaum muslimin kala ini menurut SMNA telah dibutakan daripada tujuan asal kaum muslimin. Terlalu banyak faham-faham asing yang meresap kedalam lingkungan pemikiran kaum muslimin, sehingga telah menyebabkan mereka tergelincir daripada landasan yang asal yakni Islam. Kaum muslimin itu adalah satu kaum yang menganut satu agama sempurna, yang diturunkan dari langit, yang diciptakan oleh yang maha Esa, yang menjadi tumpuan permohonan hajat dari sekalian makhluk yang diciptakan, yang tiada beranak atau diperanakkan, dan tiada pula sesiapa yang serupa denganNya. Andai kaum istimewa ini menganut agama Islam dengan erti kata sebenar-benar anutan kepada agama sempurna ini, anutan yang hollistik yang tiada pula mengambil sedikit, dan menolak pula yang lain, saya kira buku ini sendiri tiada akan ditulis oleh SMNA kerana kaum itu sudah pasti menjadi kaum sempurna. Telah dinukil didalam kitab suci Al-quran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhannya...” [1]

Secara terangan telah diberitahu kepada sekalian kaum muslimin melalui kitab suci, agar tidak bersikap “juz’I” [2] dalam beragama. Tetapi insan itu memang sejak azalinya sudah dilahirkan tidak sempurna. Oleh kerana itu, telah diturunkan agama untuk memandu insan daripada tergelincir dari landasan asal.  Agama Islam itu diturunkan dalam keadaan sempurna, tiada berubah dahulu, kini, dan selamanya. Akan kekal relevan sepanjang zaman sehingga tamat riwayat dunia ini. Dalam pada itu, diturunkan juga bersama-sama kitab agung yang mulia lagi sempurna ini Rasul/Nabi terakhir, “khatamun Nubuwwah” [2] iaitu Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh terbaik bagi seluruh umat manusia. Apatah pula bagi kaum muslimin. Dengan itu sempurnalah dua perkara yang diturunkan untuk umat manusia, iaitu agama Allah [3] dan Rasul Allah. Andai dipegang sekukuhnya kedua-dua perkara ini, dengan izin Allah, tiada akan tergelincir kaum muslimin itu daripada landasan asal muslim.

SMNA juga mengkritik keras orientalis barat, yang telah berjaya menyemai ideologi-ideologi, cara faham dan weltanschauung yang bertentangan dengan ajaran sebenar agama Islam. Kaum Muslimin kini terlalu ramai yang tiada benar faham akan apa itu Islam yang sebenar. Seperti yang telah saya nukilkan didalam artikel ringkas saya berkaitan penulisan Abdul Qadir Awdah yang sebelum ni, kritikan yang seakan sama SMNA campakkan kepada kaum Muslimin yang lalai itu. SMNA mengkritik kepada kaum Muslimin secara umum, yakni mereka yang tiada berusaha untuk mencari akan apa itu cara faham, pandang hidup Islam yang sebenar. Tiada pula usaha yang mereka lakukan, hanya taklid membuta-tuli, dari awal kelahirannya ke dunia sementara ini, hingga akhir hayatnya kembali pulang kepada penciptanya. Jika terlahir ia dalam satu keluarga muslim, maka beruntunglah ia. Namun jika keluarganya itu tiada pula menerapkan Islam yang benar, yakni Islam yang separuh-separuh sahaja, maka itulah yang mereka teruskan. Seakan telah berpuas hati, yakin akan Islamnya itu. Namun saya juga tidak menolak yang ramai kaum Muslimin kini yang tiada sebenar-benar peduli akan agama Islam itu. Pada mereka Islam itu hanyalah ritual semata. Disini datangnya peranan pihak berkuasa yang sepatutnya menyediakan landasan yang benar untuk kaum Muslimin memahami dan belajar tentang Islam. Namun kebobrokan penguasa yang telah terlari fokus mereka dari Islam; akibat daripada kefahaman mereka yang cetek itu tentang Islam, maka tiada mereka melaksanakan Islam seperti yang sepatutnya. Begitu luas aspek yang boleh pihak penguasa menerapkan, antara yang penting SMNA tekankan adalah aspek pendidikan. Bagaimana kaum Muslimin kini telah dilentur semenjak kecil lagi dengan corak pendidikan barat, dan bukan pula corak pendidikan Islam.

Hampir separuh pula daripada buku ini SMNA telah khaskan kepada permasalahan kaum Muslimin, yang berkisar rapat dengan faham-faham yang SMNA terangkan diawal separuh buku. Pada hemat saya, buku ini adalah satu buku yang baik untuk dibaca. Risalah untuk kaum Muslimin ini, saya merasakan perlu untuk dibaca berkali-kali, untuk peroleh pemahaman yang lebih baik. Kaum Muslimin yang sekarang ini sedang tenat menghadapi permasalahan yang dalaman, yang berbentuk ‘spiritual’, berbentuk “ruhi” [2]; yang mencari weltanschauung Muslim, bolehlah membaca buku ini. Saya yakin, dengan izin Allah, jika tiada banyak, pasti akan terbuka sedikit pandangan hidup, cara fikir anda sebagai seorang Muslim yang sebenar. Sekurang-kurangnya, pasti akan membuat anda terfikir, apakah kita semua ini sedang menjalani jalan yang benar akan melayakkan kita untuk memperoleh rahmat Allah kelak? Moga Allah merahmati usaha kita semua.


[1] - Rujuk Al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 208.
[2] - Abreviasi : Juz’i: memilih-milih/mengasing/memparsial. Khatamun Nubuwwah: Nabi yang terakhir/Nabi pengakhiran. Ruhi: berbentuk ruh/dalaman.
[3] - Agama Allah yang saya maksudkan adalah Islam, iaitu wahyuNya yang diturunkan kepada RasulNya Muhammad S.A.W, iaitu tiada lain dan tiada bukan melainkan kitabNya, mukjizat Muhammad S.A.W yang terbesar – Al-Quran Al-Karim.

Review on The Post American World by Fareed Zakaria

Title : The Post American World
Writer : Fareed Zakaria
Publisher : W. W. Norton & Company
Pages : 292 (Inclusive of citations, indexes)

“Growth takes place whenever a challenge evokes a successful response that, in turn, evokes a further and different challenge. We have not found any intrinsic reason why this process should not repeat itself indefinitely, even though a majority of civilizations have failed, as a matter of historical fact.”
– Arnold J. Toynbee, A Study of History

A civilization isn’t built in a day, or in a year, or in ten years. It will take tens of years or hundreds of years or maybe more. The great empires of the past world such as the Islamic empires, the Roman empire, the Greek empire, the Persian empire, China, India, Siamese and other fallen empires provides us the historical facts and knowledge on how a great civilization was built and retained and how those empires crumbled. The Roman Empire, an empire of colossal size and power, known for its military prowess, crumbled to the ground. The Greek empire which is known for its great knowledge, an empire that gave birth to important ancient scholars such as Socrates, Plato, Aristotle, Phytagoras and many more, fell. China, an empire so big that it sailed the world and spread its influence by conquering the other continent, fell. The great Islamic empires of the past, armed with a system (Islam - the adDeen) – a complete system that include politics, military, economy, welfare and other aspects of life. With this complete system, the Muslims conquered almost two-third of the world. But then again, this colossal empire crumbled to the ground when the time came. Of course, there are many factors that caused the fall of an empire, be it internal or external factors. But the main point here is, no empire will be able to last forever. The history taught us that way. And what can we get from it? We learn on how to sustain long enough, to be able to last ‘almost’ forever.

The America as it is today – so far that we have known (from a small scope of an eye which is the media) or maybe some of our gifted friends that are able to further their studies to the land of Uncle Sam, is a big country. Not only its wide lands spread across the globe, the America also spread its wings of influence almost throughout the whole world. This is the America that we know – a sheer power so big, that it doesn’t even sound as if we’re boasting when we call America the biggest world power in the world.

Having toppled the British empire as the biggest world power not so long ago, the United States of America (U.S.A) keeps on growing fast. We all knew how powerful the economy of the U.S is. The U.S possess a vigor economy, in which it is able to stand almost on its own. Pioneering and adapting the open market system at its best, the U.S is able to surpass the British economical triumph. Surpassing it basically means, triumphing it. Creating a robust economic system and spread it across the globe. The U.S. openness is one of its strongest and unique traits. This trait enables the U.S. to grow in a very fast pace, and enable it to run in a very long time. It provides the U.S speed, and endurance. The intelligence of the U.S presidents and ministers, past and present is as important and ought to be reckoned with. They contributed a lot to the condition of the U.S today.

Using diplomacy and democracy, the U.S spread its fingers of influence throughout the world. Meddling with every issue that occurred in the world. Middle East, Europe, Asia. All of these continents have been ‘touched’ by the U.S. The U.S’s means of spreading influence are not limited only to peace approaches. When it comes to ideological expanding, the U.S boasted its sheer military prowess. Military capabilities of the U.S is not even a topic that needs to be discussed or debated. The U.S has always been a big spender when it comes to military. The U.S’s current annual budget spending on military and weaponry maintenance and military technological advancement is the highest in the world – spending billions of dollars solely on military. And with this, the U.S overcame the powerful red armies of the Soviet Union, and in another timeline, trampling the moribund Hitler’s Nazis. By surpassing these giants of the world in their prime time, the U.S forged a strong influential image all over the world. Despite the big spending on military, the U.S doesn’t jeopardize the other aspects. The U.S knows that to last longer, balance is important.

By doing so, the U.S demonstrates an example. Almost a message of an image to the world. To other countries, the U.S conveys an image of a friend that can be relied on, and a power to be feared of. And to the people throughout the world, the U.S is an open motherland, capable of showering a thirsty and wanting persons with a chance, an opportunity to start fresh, and in time to succeed and contribute to the country. This, is the U.S that we know.

P.s. The review writer is not a fan of the U.S or anything. Merely stating the facts.

Review on the article by Abdul Qadir Awdah entitled ISLAM: Between ignorant followers and incapable scholars.

Title     : ISLAM: Between ignorant followers and incapable scholars
Writer  : Abdul Qadir Awdah
Pages : 29 (Article based)

Asy-Syahid, Abdul Qadir Awdah - A martyr, fighter, judge, scholar, and once the general representative of Muslim Brotherhood (read: Ikhwanul Muslimin). Hanged to death on the 7th of December 1954 [1] by the order of Gemal Abdul Nasser, the tyrant of Egypt at that time. Along with him is his other five Muslim Brotherhood companions, namely Asy-Syahid Muhammad Farghali, Asy-Syahid Yusuf Thal’at, Asy-Syahid Ibrahim Ath-Thib, Asy-Syahid Mahmud Abdul Lathif and Asy-syahid Handawi Duwair [1]. Abdul Qadir Awdah is a prominent scholar known to the whole world, and a contemporary Islamic movement leader. He successfully written an important and critical books regarding the constitutions and implementation of legislations on humanity and is referred by many until this very day.

In this article, Abdul Qadir wrote a critical critique-essay, regarding the constituents of man-made law and the divine law made by Allah – the divine law of Islamic jurisprudence. Abdul Qadir holistically compared the two laws and at the same time explains bit by bit about the Islamic jurisprudence. The comparison that Abdul Qadir outlined in this article are blatant. The main arguments are almost common but Abdul Qadir put it together in a very detailed manner. Abdul Qadir put it very clearly in this article (especially to the muslims who understands and preach basic Islam, and more so to those who are familiar with collective struggle, or in a more familiar term - “abnaul harakah”) the difference between the Islamic jurisprudence and the man-made laws. How they differ which each other and how the Islamic jurisprudence ultimately deny the very constituents of the man-made laws based on the arguments from Quran, thus refuted the fallacies of the man-made arguments. Not only that, Abdul Qadir blatantly condemns the incapability of the Islamic scholars in which they were kept shut (or choose to be silent). The muslim masses were misled by the silence of these authoritative islamic scholars, leaving the not-islamically-educated groping about in conjectural bidding, believing that they are actually on the right path of Islam. Abdul Qadir vehemently condemns the Islamic scholars whom neglect their duty vis a vis advocating the Islamic jurisprudence.

In my opinion, Abdul Qadir wrote this article with a sole, pure intention of getting the muslims (the ignorant followers and the incapable scholars) to understand and to carry out the responsibility of a muslim. Abdul Qadir wrote on how the uneducated muslims should play their role by making effort to learn about the true Islam. To scrutinize every claims regarding Islam whether they were made by a muslim or not. To advocate Islam and to refute any other beliefs or foreign ideology other than Islam. Besides that, the right actions from the Islamic scholars are important. The Islamic scholars nowadays are not able to make intrepid actions. Most of them are bound by the chains of wealth and ‘constituents’, inasmuch the somnolence of these Islamic scholars caused their country to be vulnerable to foreign threats.

We should all play our role in order to make the Islamic jurisprudence to be able to make it on its lofty place again. We should engrave in our hearts the hadith narrated by al-Baihaqi and ad-Daraquthni –

الاسلام يعلو ولا يعلى عليه
“Islam dominates, and not the dominated” [2]

May this hadith will always be a reminder to us, stirring our very hearts to the core and to always remember our duty as a muslim that embrace Islam, not to become the ignorant follower, nor the incapable scholars. Let us start by reading this article. Moga Allah merahmati usaha kita semua.


[1] - Basic history of Abdul Qadir Awdah, can be found on internet.
[2] - The hadith الاسلام يعلو ولا يعلى عليه - “Al islamu ya’alu wala yu’ula ‘alaih”, narrated by al-Baihaqi (VI/205), from ‘Aidh bin ‘Amr, refer Irwaa-ul Ghalil (V/106 no. 1268), Syaikh al-Albani. And ad-Daraquthni (III/ 181 no. 3564), tahqiq Syaikh ‘Adil Ahmad ‘Abdul Maujud dan Syaikh ‘Ali Mu’awwadh, Darul Ma’rifah, th. 1422 H). https://almanhaj.or.id